fbpx

Angel Group, Permata Al-Quran mahu tingkatkan ekonomi tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. RUKHAIDAH bergambar bersama Presiden Permata Al-Quran, Hj. Manolito di majlis menandatangani MoU yang dikelolakan oleh Coach Hafiz (kiri sekali) baru-baru ini.

PETALING JAYA – Angel Group Creative Financial Solution (Angel Group) dan Persatuan ­Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) bagi menjalinkan kerjasama dalam mening­katkan ekonomi golongan tahfiz di negara ini.

Angel Group dalam satu ke­nyataan media berkata, MoU berkenaan ditandangani Pengasas dan Pengerusi Angel Group, Dr. Rukhaidah Abd. Karim dan Pre­siden Permata Al-Quran, Manolito Mohd. Dahlan di Dorsett Putrajaya baru-baru ini.

“Dengan termeterainya me­morandum ini, kedua-dua pihak akan menjalinkan kerjasama dalam meningkatkan pendapatan institusi tahfiz di seluruh negara.

“Ia menerusi ilmu dan pelaburan emas yang terbukti dapat menjadi satu sumber kewangan yang patuh syariah dan kukuh.

“Merupakan sebahagian dari program jihad ekonomi, kerjasama ini dikelolakan oleh Telaga Emas yang diasas dan diterajui oleh Coach Hafiz dan Fazrin,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan tersebut, antara fokus utama MoU itu adalah membantu institusi tahfiz memiliki aset menerusi Skim Khas Asnaf, meningkatkan pembangunan dan pendapatan serta insentif tenaga pengajar institusi tahfiz.

Selain itu katanya, ia menggalakkan pembukaan akaun korporat ­institusi tahfiz di bawah Permata serta menawarkan kelas bimbingan dan ilmu kewangan secara percuma.

Bagi memastikan kelancaran persefahaman tersebut, Angel Group sebagai sebuah agensi solusi kewangan akan bertanggungjawab dalam menyediakan kelas bimbingan dan pemahaman mengenai ilmu emas.

“Sehingga kini lebih 500,000 peserta menyertai QM (Quantum Metal) di Malaysia, yang mana Angel Group turut menjalankan kelas percuma untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan emas,” kata­nya.

Selain itu, Angel Group akan memastikan urus niaga emas yang dijalankan mematuhi prinsip syariah dan muamalat Islam serta melancarkan proses permohonan dan pembukaan akaun korporat Quantum Metal bagi pusat-pusat tahfiz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI