fbpx

77 individu ditahan, terlibat tipu pelaburan mata wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
77 individu yang ditahan di sebuah unit premis di sekitar Lembah Klang, semalam.

KUALA LUMPUR – Sebuah premis yang menjalankan penipuan pelaburan pertukaran mata wang secara dalam talian diserbu pihak polis, di sekitar Lembah Klang, semalam.

Siasatan awal mendapati, kegiatan yang menyasarkan pelabur dari dalam dan luar negara itu sudah beroperasi sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil serbuan tersebut, seramai 77 individu ditangkap dengan lingkungan usia 17 hingga 37 tahun.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 38 lelaki dan 28 wanita tempatan manakala 11 individu lain adalah warganegara asing terdiri daripada lima lelaki dan enam perempuan.

“Turut dirampas adalah 35 set komputer, 29 unit komputer riba, satu unit tablet, 20 unit telefon bimbit, satu unit ‘router’ dan modem, tujuh unit pasport serta 38 pas pekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, premis yang beroperasi seperti pejabat biasa itu menggunakan laman sesawang untuk menjalankan kegiatan tersebut.

Kesemua suspek ditahan reman mulai hari ini sehingga esok bagi tujuan siasatan selanjutnya.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran pelaburan di laman sesawang yang tidak jelas dan menjanjikan pulangan wang lumayan.

“Selain itu, buat semakan dengan agensi atau bank berkaitan dan jangan dedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.

“Buat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi dan laporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan sindiket penipuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI