fbpx

43 murid SRA dijangkiti sakit mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seramai 43 murid sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Dengkil dekat sini dijangkiti simptom sakit mata, semalam.

Ini termasuk keadaan mata murid-murid itu didapati merah, berair, gatal dan bengkak.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, berdasarkan pemeriksaan mendapati murid tahun lima paling ramai dijangkiti iaitu 12 orang diikuti tahun dua (8), tahun tiga dan empat masing-masing dengan tujuh murid, selain tahun 1 (5) dan tahun 6 (4).

Katanya, pihak sekolah terlibat telah membuat dan memasang notis di pintu masuk agar mereka yang mempunyai gejala tidak hadir ke sesi persekolahan.

“Notis itu berikutan masih terdapat ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak ke sekolah walaupun anak mereka sakit mata,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular pesanan di aplikasi WhatsApp berhubung penularan pelajar yang sakit mata di SRA sekitar Dengkil.

Mengulas lanjut, JAIS berkata, sebarang keputusan sama ada murid akan direhatkan atau sebaliknya adalah berdasarkan penelitian Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang.

“Namun, sekiranya pihak guru juga terlibat, operasi sekolah terpaksa ‘direhatkan’,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI