fbpx

29 wanita warga China didakwa tinggal lebih masa, tiada pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga China yang didakwa di Mahkamah Majistret di Seremban atas pertuduhan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Seramai 29 wanita warga China didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

Kesemua 29 tertuduh berusia antara 23 hingga 64 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam Bahasa Mandarin.

Prosiding dijalankan di dua kamar mahkamah berbeza di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop dan Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan, 21 tertuduh telah didapati berada di negara ini tanpa pas yang sah manakala lapan lagi tertuduh didakwa berada di Malaysia lebih dari masa yang telah ditetapkan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan pada pukul 5.15 petang, 13 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 tertuduh tidak ditawarkan jaminan manakala 10 orang dibenarkan jaminan sebanyak RM10,000, empat orang dijamin sebanyak RM8,000 dan empat lagi dibenarkan jaminan sebanyak RM4,000.

Kes disebut semula 25 Julai depan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI