fbpx

Waspada scammer ugut culik anak balik sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Taktik terbaharu scammer menggunakan aplikasi WhatsApp mendakwa berlaku kejadian culik murid sekolah di sekitar Lembah Klang dikesan berleluasa, baru-baru ini.

Terbaharu, eksekutif akaun nyaris menjadi mangsa penipuan scammer yang mendakwa menculik anaknya dan meminta sejumlah wang tebusan.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima empat laporan berkenaan satu pesanan yang tular di WhatsApp mendakwa berlaku kejadian culik murid sekolah di sekitar Lembah Klang, antara 13 hingga 15 Jun.

“Salah seorang mangsa iaitu seorang wanita tempatan bekerja sebagai eksekutif akaun di syarikat tempatan memaklumkan menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali mendakwa menahan anaknya.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan sejumlah wang tebusan, namun wanita itu dengan segera bertindak memeriksa keadaan anaknya dan didapati anaknya dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, selepas memastikan anaknya dalam keadaan selamat, mangsa terus memutuskan panggilan dan membuat laporan.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

“Dinasihatkan agar orang ramai tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.

“Buat semakan dengan menghubungi pihak sekolah atau dapatkan pengesahan guru sekolah anda mengalami situasi sama,” katanya.

Jelas Amihizam, orang awam juga dinasihatkan untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi dan membuat laporan di balai terdekat sekiranya berhadapan situasi terbabit.

Tegas beliau, sebelum membuat sebarang tindakan, orang ramai boleh menyemak nombor telefon atau nombor akaun di laman web ccid.rmp.gov.my/semakmule sebelum membuat sebarang transaksi.

“Sila laporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997, jika anda mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan.

“Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau balai polis berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI