fbpx

Warga emas, suri rumah antara 20 didenda main judi belangkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 20 individu yang didenda oleh Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas tuduhan bermain judi. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Seramai 20 individu termasuk warga emas dan suri rumah didenda antara RM1,500 hingga RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan bermain judi belangkas pada 14 Jun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan setelah kesemua mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan bermain judi itu di tempat awam iaitu di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Titi Akar, Pendang, dekat sini.

Kesemua tertuduh iaitu 15 lelaki dan lima wanita yang berusia antara 18 hingga 78 tahun terbabit membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif.

Majistret turut memerintahkan agar mereka dipenjara antara tiga hingga enam bulan jika gagal melunaskan denda ditetapkan dan kesemua tertuduh difahamkan membayar denda ditetapkan.

Seramai 10 tertuduh pertama dikenali sebagai Wone See Muah, 53; Thian Din Chok, 59; Ahmad Zuraidi Mohd. Noor, 47; Bon Rit Bon Nan, 18; Ai Piang Fo Chirat, 42; Hanafi Hamid, 45; Ilyas Ayob, 44; Ishak Md. Daud, 66; Mustafa Kassim, 63, dan Sazali Osman, 66.

Manakala 10 tertuduh lain adalah Isa Ating, 78; Khamron Tong Kiw, 43; Mohd. Nasrol Sulaiman, 50; Hoay Seng Chai, 68; Azlan Aziz, 49; Nang Kan Yap Chuan, 60; Malai Dang, 45; Marjuri Nukian, 38; Chem See Wan, 37 dan Meu Siew, 66.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka kira-kira pukul 7.15 malam, 14 Jun lalu.

Tertuduh memiliki pelbagai latar belakang antaranya penoreh getah, pesara, pekerja bengkel besi, buruh, suri rumah, penganggur serta seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI