fbpx

Vera dilantik sebagai jurulatih baharu Kelantan FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman (kiri) dan Vera bergambar sambil menunjukkan kontrak sebagai ketua jurulatih baharu skuad TRW.

BEKAS pengendali Persita Tangerang, Alfredo Vera yang bersaing pada Liga 1 Indonesia dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Kelantan FC bagi menggantikan Frank Bernhardt.

Pelantikan pengendali berusia 50 tahun itu dipercayai dibuat rentetan kekalahan berterusan yang dialami Kelantan FC semasa di bawah kendalian Bernhardt.

Kelantan FC dalam satu ke­nyataan berkata, Vera yang berasal dari Argentina mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua pada saingan Liga Indonesia.

Menurutnya, antara pasukan yang pernah menggunakan khidmat Vera ialah Persipura Jayapura dan Persebaya Surabaya.

“Kami berharap dengan pe­ngalaman dimiliki oleh Vera akan dapat membantu Kelantan FC. Selamat maju jaya buat Alfredo Vera,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kelantan FC secara rasmi mengumumkan pengarah teknikalnya Frank Bernhardt sebagai jurulatih baharu The Red Warriors (TRW) bagi menggantikan Choi Moon-sik.

Media juga melaporkan Bernhardt yang juga bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu dilantik sebagai pe­ngarah teknikal Kelantan FC sebelum ini.

Sepanjang tujuh perlawanan termasuk aksi Piala FA, Bernhardt gagal membantu dan membimbing Kelantan C meraih sebarang kemenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI