fbpx

Cuaca panas, musim perayaan punca bil tinggi – TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengajak para pengguna untuk lebih peka terhadap kaedah penggunaan setiap perkakas elektrik secara optimum.

Penggunaan pelbagai peralatan termasuk di ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bilik mandi haruslah dioptimumkan bagi membantu menjimatkan penggunaan elektrik.

“Cuaca kering dialami negara dengan purata hujan yang rendah ditambah dengan musim perayaan telah meningkatkan penggunaan tenaga elektrik,” katanya.

Menurut TNB, masyarakat haruslah sedar dan peka bahawa penjimatan penggunaan tenaga boleh membantu usaha menangani perubahan iklim melalui pengurangan pelepasan karbon yang dijana oleh bahan api fosil.

Tambahnya, para pengguna digalakkan memuat turun aplikasi myTNB dan mendaftarkan akaun TNB mereka. Sama ada premis dipasang meter pintar atau tidak agar dapat dikenalpasti penggunaan elektrik secara bulanan.

“Pengguna dapat menyemak bil elektrik agar pelarasan penggunaan tenaga dapat dibuat sebelum bil bulanan dikeluarkan.

“Mereka yang berkediaman dipasang meter pintar boleh memantau penggunaan elektrik harian dalam unit ringgit atau kWh melalui portal myTNB www.mytnb.com.my atau pun melalui aplikasi myTNB,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI