fbpx

Sukan Asia bukan pentas untuk pendedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan Asia ke-19 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mendedahkan, hanya atlet berpotensi raih pi­ngat dihantar ke Sukan Asia Hangzhou, China, September depan dan tiada istilah pendedahan.

Norza berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan Asia ke-19 semalam meletakkan pemilihan ketat agar penampilan Malaysia pada temasya itu lebih baik berbanding edisi di Jakarta, Indonesia.

Tegas Norza, semua Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) telah dimaklum tentang kriteria baharu itu pada Mei lalu dengan atlet perlu meraih keputusan empat terbaik pada kejohanan peringkat Asia bagi mendapat tiket kategori A (ditanggung sepenuhnya).

“Jika atlet mudah bertan­ding di peringkat tertinggi seperti Sukan Asia, idaman kita melihat le­bih ramai atlet bertanding di Sukan Olimpik tidak akan tercapai.

“Jika kita nak kembangkan lagi (penyertaan), kita perlu cemerlang di pentas Sukan Asia untuk memastikan lebih banyak pi­ngat emas mampu dicapai,” kata ­Norza.

Selain kategori A, jawatankuasa terbabit turut menetapkan kriteria kelayakan atlet ke Sukan Asia menerusi kategori B. Kategori B pula akan ditanggung sepenuhnnya oleh persatuan sukan berkaitan, namun atlet atau pasukan yang layak beraksi ke temasya itu perlu mempunyai pencapaian enam terbaik dalam kejohanan.

Norza turut memberitahu, pencapaian kontinjen Malaysia pada Sukan Asia turut berlaku penurunan berdasarkan nisbah penyertaan atlet negara pada temasya itu selepas tidak menunjukkan peningkatan kualiti.

“Pada Sukan Asia lalu, kita menghantar lebih 400 atlet dan hanya mampu memperoleh 7 emas sahaja iaitu, kira-kira 59.6 atlet untuk satu emas. Kita te­lah nampak penurunan ini sejak 2006 (Doha, Qatar) lagi, hantar 244 atlet dapat 8 emas, iaitu kira-kira 30.5 atlet untuk satu emas.

“Pada 2010, seramai 333 atlet memperoleh 9 emas (37); 2014 di Incheon, Korea Selatan menghantar 277 atlet dan memperoleh 5 emas (55.4),” kata Norza.

Menurut Norza, pada mesyuarat jawatankuasa itu, seramai 115 atlet disenarai layak ke Sukan Asia 2022 bagi kategori A, manakala 98 dalam kategori B.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI