fbpx

Roglic sah berehat sertai TdF 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROGLIC mahu memberi tumpuan di Jelajah Sepanyol sehingga membuat keputusan untuk tidak bersaing di TdF. – AFP

LJUBLANIA – Pelumba basikal pasukan Jumbo-Visma, Primoz Roglic mengesahkan tidak akan bersaing pada siri jelajah bertaraf Grand Tour pada Tour de France (TdF) bulan depan kerana mahu berehat seketika daripada perlumbaan kompetitif.

Menurut Roglic, tumpuan utamanya musim ini adalah untuk kembali menjulang kejuaraan pada satu lagi kejohanan bertaraf Grand Tour, Vuelta a Espana (Jelajah Sepanyol) yang akan bermula pada Ogos depan.

Situasi ini disebabkan pelumba kelahiran Slovenia lebih selesa dengan kejohanan itu yang dianggap memberi tuah selepas bergelar juara tiga kejohanan sebelum ini pada edisi 2019, 2020 dan 2021.

“Saya tidak akan bersaing pada Tour de France tahun ini kerana kemungkinan besar saya mahu bersedia sepenuhnya sebelum mengharungi Vuelta a Espana pada Ogos nanti.

“Selain itu, saya juga tidak akan bersaing pada Kejuaraan Dunia di Scotland kerana berdasarkan persetujuan awal de­ngan pasukan, saya hanya mahu beraksi di Sepanyol.

“Saya percaya peluang untuk muncul juara di sana lebih cerah dan saya ada tempoh dua bulan untuk berehat serta melakukan persiapan rapi,” kata pelumba berusia 33 tahun itu.

Roglic dianggap sebagai salah seorang pelumba terbaik dunia ketika ini dan masih segar dengan kejayaan menjuarai satu lagi kejohanan bertaraf Grand Tour, Giro d’Italia pada awal tahun ini.

Pasukan Jumbo-Visma masih dilabel sebagai pilihan utama untuk menang Tour de France dan bakal mempertaruhkan pelumba utama yang juga juara bertahan, Jonas Vingegaard nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI