fbpx

Rai Hari Bapa, Caprice dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Caprice meraikan hari bapa bersama anaknya mendapat kecaman netizen.

KASIHAN melihat penyanyi rap yang juga penceramah motivasi, Caprice yang sekali lagi menjadi sasaran netizen gara-gara sambutan Hari Bapa.

Sempena Hari Bapa yang jatuh pada 18 Jun tahun ini, Caprice tidak ketinggalan berkongsi momen istimewa itu dengan anak tirinya, Aleesya.

Seperti biasa pemilik nama Ariz Ramli itu berkongsi catatan khas dalam Instagramnya berkaitan cabaran menjaga anak.

Tetapi rupa-rupanya ada dalam kalangan pengikutnya yang ‘bitter’, suka mengecam dengan meninggalkan komen berbaur sindiran.

Tidak menunggu lama, Caprice dilihat mendedahkan profil media sosial individu berkenaan, malah isterinya, Farra Inalis turut meluahkan kekesalan selepas mendapati identiti kaki kecam itu adalah seorang wanita.

MIZZ LAHAR: Takut dengar kisah hitam seorang aktres dengan skandal berstatus anak ikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI