fbpx

PRN: PN yakin ‘menang besar’ di 6 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) yakin akan menerajui kesemua enam negeri yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jentera pilihan raya PN di peringkat negeri-negeri ketika ini adalah di tahap tertinggi dan komited dalam gerak kerja menghadapi PRN.

“PN yakin dapat mempertahankan kemenangan di tiga negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah) dan bakal menawan tiga negeri (Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan).

“PN juga komited untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, membela kebajikan rakyat dan memacu kemajuan ekonomi menerusi pembentukan kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya dalam sidang akhbar PN di sini hari ini.

Terdahulu, PN telah memuktamadkan akan meletakkan calon untuk bertanding di kesemua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN di enam negeri.

Bagaimanapun, Muhyiddin memaklumkan setakat hari ini, pihaknya masih belum memutuskan senarai calon yang akan bertanding.

“Kami belum muktamadkan nama calon, tapi mereka nama-nama besar belaka. Sebahagian besar mereka sudah pun memegang kerusi penting, tetapi untuk yang lain (nama calon) mungkin akan diumumkan di peringkat negeri masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, berhubung penggunaan logo semasa PRN, PN menetapkan untuk menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu, manakala logo PN digunakan bagi empat negeri lain.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI