KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon untuk bertanding di kesemua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PN yang berlangsung sebentar tadi.
“Agihan kerusi dalam PN bagi menghadapi enam PRN dimuktamadkan sebanyak 245 kerusi, 36 kerusi di Kedah, 45 kerusi di Kelantan, 32 kerusi di Terengganu, 40 kerusi di Pulau Pinang, 56 kerusi di Selangor dan 36 kerusi lagi di Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar PN di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE