fbpx

PRN: Pas terima kerusi terbanyak dalam PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kanan) ketika tiba di Ibu Pejabat PN di Publika, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

PETALING JAYA – Pas yang juga parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) menerima kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, Pas memperoleh 126 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diikuti Bersatu (83 kerusi) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) (36 kerusi).

Menurut Muhyiddin, PN akan meletakkan calon di kesemua 245 kerusi yang dipertandingkan di keenam-enam negeri berkenaan iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Tambah beliau, jumlah kerusi baharu yang akan ditandingi parti gabungannya pula melibatkan Bersatu (64 kerusi), Pas (50 kerusi) dan Gerakan (36 kerusi).

Ditanya sama ada daripada 245 kerusi yang akan ditandingi PN itu turut meletakkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Muhyiddin berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Presiden PN yang dijalankan petang tadi.

“Kita belum namakan calon. Tak tau kalau Pas dah namakan (KJ sebagai calon),” jawabnya ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI