fbpx

Penunggang maut langgar belakang lori di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Penunggang motosikal maut akibat cedera parah di bahagian kepala selepas melanggar bahagian belakang lori di Kilometer 32.5 Lebuh Raya Karak dari arah Gombak, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihak menerima laporan kemalangan berkenaan pada pukul 1.30 tengah hari.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia 31 tahun dengan sebuah lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 35 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati lori dari arah Gombak menghala ke Gambang, ketika itu berada di lorong paling kiri dalam keadaan perlahan kerana keadaan jalan yang mendaki.

“Secara tiba-tiba, motosikal berkenaan dari arah sama telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Zainal Mohamed, penunggang motosikal tersebut yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat.  Kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI