fbpx

Peniaga maut motosikal bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Kalai-Jeniang, dekat Sungai Petani, malam semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori muatan buah di Jalan Kalai-Jeniang berhampiran Kampung Bukit Sejuk, Berona Kiri, dekat sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Zulfakri Ismail, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala serta putus kaki kanan.

Kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Masjid, Jeneri manakala lori tersebut dari arah Kuala Nerang menghala Jeniang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS terbabas lalu memasuki laluan bertentangan ketika melalui jalan berselekoh di situ.

“Pada masa sama sebuah lori Isuzu membawa muatan buah-buahan dari arah Kalai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI