fbpx

Penalti Safawi jadi detik kehancuran Papuan New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMAKE

JARINGAN penalti Safawi Rasid pada masa kecederaan babak pertama menjadi titik pemusnah runtuhnya kubu Papua New Guinea yang tewas 10 gol tanpa balas kelmarin.

Ketua jurulatihnya, Harrison Kamake berkata, meskipun ­diasak bertalu-talu dalam 45 minit pertama, nasib skuadnya mungkin lebih baik jika masuk bilik persalinan dengan 0-0.

Jelasnya, hilang fokus menghampiri waktu rehat nyata beri kelebihan buat Harimau Malaya selepas Solomon Rani melakukan terjahan keras ke atas Akhyar Rashid dalam kotak penalti.

“Kurangnya disiplin menuju tamat separuh masa menjadi punca ‘kejatuhan’ pasukan kami dengan kekasaran itu menghadiahkan penalti buat Malaysia.

“Apa pun, kredit wajar diberikan kepada pihak lawan yang jelas lebih baik sehingga menyukarkan permainan Papua New Guinea,” katanya selepas perlawanan.

Corak permainan Papua New Guinea yang berada di kedudukan 159 dunia kelmarin nyata berbeza jika dibandingkan sewaktu mereka mengikat Singapura, 2-2 pada 16 Jun lalu.

Selepas jaringan Safawi, pintu gol skuad Cuscus itu bocor sembilan kali pada separuh masa kedua melalui Paulo Josue, Arif Aiman Hanapi, Faisal Abdul Halim serta Daniel Ting.

Pertemuan itu merupakan yang pertama buat kedua-dua negara sejak 2016 yang menyaksikan Malaysia dan Papua New Guinea masing-masing meraih satu kemenangan.

Kamake berkata, banyak yang dipelajari daripada aksi itu dan ia ujian terbaik menguji kebolehan skuad kendaliannya bertemu pasukan di ranking lebih tinggi.

Tambah beliau, perlawanan dengan Singapura dan Malaysia dalam tempoh seminggu memberi pengajaran berguna buat anak-anak buahnya yang turun tanpa persiapan rapi.

“Kekalahan 10-0 ini sesuatu yang tidak dijangka, namun apabila gagal bermain dengan disiplin bertemu pasukan yang lebih baik, sudah tentu kami akan dihukum,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI