fbpx

Pembenihan awan tidak dilakukan dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Nizar (tengah) ketika mengadakan lawatan dan tinjauan di Empangan Bukit Merah di Alur Limpah Selatan, Bagan Serai, hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Kerajaan negeri tidak bercadang untuk melakukan pembenihan awan di kawasan Empangan Bukit Merah dalam masa yang terdekat.

Pengerusi jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini adalah disebabkan terdapat pelbagai solusi yang masih boleh digunakan pada ketika ini.

“Tiada keperluan mendesak pada ketika ini untuk kerajaan negeri mengunakan kaedah pembenihan awan kerana kita masih mempunyai pelbagai solusi dalam menangani masalah yang dihadapi ekoran penyusutan paras air di kolam itu.

“Pembenihan awan akan dilakukan sekiranya didapati ada keperluan segera kerana kos pembenihan adalah tinggi,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Informasi Empangan Bukit Merah di Alur Limpah Selatan, di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun berlakunya penyusutan air namun ia tidak sampai ke tahap yang terlalu kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI