fbpx

Pemandu lori, kelindan ditahan terlibat aktiviti seleweng diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
pasukan serbuan telah mendapati terdapat aktiviti pemindahan minyak diesel ke dalam lori tangki.

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan 16,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM34,400 dan menahan dua lelaki dalam Ops Tiris, di sini semalam.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, bertindak atas risikan dan maklumat awam, sepasukan sembilan anggota telah menyerbu sebuah premis terbuka di Taman Bukit Sentosa, di sini pada pukul 4.15 petang.

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas premis oleh pasukan serbuan telah mendapati terdapat aktiviti pemindahan minyak diesel ke dalam lori tangki.

“Pemandu lori tangki serta kelindan ditahan kerana disyaki telah berurusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah dan melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Muhammad Zahir, dua lelaki warga tempatan itu yang berada di lokasi kejadian telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Turut disita dalam serbuan tersebut, sebuah lori tangki, sebuah lori ‘bonded’, enam unit tong IBC dan dua unit paip penyambung yang menjadikan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM59,400. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI