fbpx

PBT diarah buat pemutihan SAP di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diarahkan untuk memulakan proses pemutihan Sekolah Agama Persendirian (SAP).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, kesemua wakil dan pengusaha SAP di negeri ini telah dijemput untuk berbincang dan diberi penerangan berkenaan isu tersebut.

Katanya, setiap PBT di Selangor mempunyai syarat untuk pembukaan SAP yang berbeza.

“Namun syarat yang lebih ketat ditetapkan oleh PBT di kawasan bandar memandangkan wujud isu kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara serta bunyi.

“Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak tahun 2021 telah mula menetapkan syarat ulasan PBT untuk setiap SAP membuat pendaftaran akademik. Kelonggaran ulasan PBT telah diberikan kepada SAP selama dua tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan bagaimanapun JAIS telah mengambil pendirian tegas untuk tidak menerima pendaftaran akademik dari SAP yang gagal mendapat ulasan PBT pada tahun ini. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI