fbpx

Orang Asli diserang strok naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biyor (tengah) dibawa turun dari helikopter sebelum menaiki ambulans untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang, semalam. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan operasi pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang lelaki Orang Asli di Kampung Dakoh, Pos Balar yang diserang strok sejak tiga hari lalu ke Hospital Gua Musang, di sini semalam.

Pesakit, Biyor Angah, 55, yang tidak dapat bergerak apabila sebelah badan kirinya dalam keadaan lemah sehingga terpaksa diusung untuk menaiki helikopter.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, pesakit diiringi anaknya, Lelnit Biyor, 22, menaiki menaiki pesawat jenis Mi-17-IV.

Katanya, pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor pada pukul 10.45 pagi dan setibanya di Kampung Dakoh, pesakit diusung ke helikopter dengan bantuan penduduk Kampung.

“Pesawat tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang kira-kira pukul 12.18 tengah hari dan pesakit dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI