fbpx

Naik taraf Kompleks Renang Seberang Jaya selesai Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lip Chee (atas, dua dari kanan) ketika meninjau projek menaik taraf, mengurus serta menyelenggara Kompleks Kolam Renang Awam di Seberang Jaya, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kerja-kerja menaik taraf, mengurus serta menyelenggara Kompleks Kolam Renang Awam di Seberang Jaya, di sini yang menelan belanja antara RM3.5 hingga RM4 juta dijangka selesai menjelang Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, ketika ini, kerja-kerja tersebut telah 65 peratus siap di bawah kendalian sebuah syarikat swasta iaitu D’Swim Academy Sdn. Bhd. (DSA).

Menurutnya, kompleks kolam renang itu bagaimanapun hanya akan dibuka kepada orang ramai mulai awal tahun depan selepas kerja-kerja akhir siap termasuk memperoleh sijil perakuan bomba atau CF.

“Antara kerja-kerja naik taraf itu termasuk kerja-kerja pembaikan kolam, penyediaan bumbung, menaik taraf tandas, kaunter tiket, kafeteria dan surau.

“Kerja naik taraf lain termasuk melibatkan pendawaian, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), menaik taraf bilik pam serta menyediakan sistem sukatan bahan kimia secara automatik untuk penyelenggaraan air kolam,” katanya ketika meninjau perkembangan projek tersebut, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI