fbpx

Mayat lelaki ditemui bawah timbunan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempat mayat seorang lelaki ditemui disebalik timbunan sampah berhampiran pasar raya Yuni, Selayang, hari ini.

SELAYANG – Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada timbunan sampah dalam sebuah longkang berhampiran pasar raya Yuni, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 3.15 petang.

Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota bomba serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati mayat seorang lelaki identiti tidak dikenal pasti di dalam longkang besar.

“Anggota bertindak membawa naik mangsa dengan menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ehsan, mayat itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI