fbpx

Mahkamah: Rosmah gagal mula semakan kehakiman cabar pelantikan Sri Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah.

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor gagal memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah projek solar selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan, sebentar tadi.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hanipah Farikullah memutuskan demikian dengan kos RM10,000 selepas berpuas hati rayuan itu tiada merit.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Hakim-Hakim Datuk Che Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun.

Dengan keputusan itu, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengembalikan semakan kehakimannya ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar pelantikan Sri Ram (kini mendiang).

Isteri bekas Perdana Menteri mengemukakan rayuan selepas gagal mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi memulakan tindakan sivil itu bagi mencabar pelantikan Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes projek solar hibrid.

Pada 30 Ogos 2022 Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid menolak permohonannya selepas membenarkan bantahan awal pihak responden bahawa kebenaran semakan kehakiman itu difailkan di luar tempoh yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI