fbpx

KPT lahir 220,000 usahawan pelajar dalam 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Sany Megat Ahmad Supian (tengah) melawat pameran pada Majlis Penutupan Karnival Keusahawan di Kementerian Pengajian Tinggi, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjaya melahirkan 220,000 usahawan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara sejak dua tahun lalu bermula 2021.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian berkata, angka itu lebih tinggi direkodkan berbanding 178,105 orang ushawan pelajar pada tahun 2016 sehingga 2020.

“Ini saya kira suatu pencapaian yang cukup memberangsangkan,” katanya ketika berucap pada perasmian majlis penutup Karnival Keusahawanan KPT 2022/2023, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Megat Sany berkata, KPT sudah lama merangka agenda keusahawanan mahasiswa bermula dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020.

“Sepanjang lima tahun pertama itu, kita lahirkan 30,281 graduan usahawan malah momentum ini tetap diteruskan lagi melalui Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025,” katanya.

Jelasnya, meskipun pelan itu baru dua tahun dilaksanakan, beliau bersyukur KPT sudah melahirkan 17,510 graduan usahawan dan cukup tinggi berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.

“Secara congak mudah, purata 8,755 graduan usahawan lahir setahun dan jika trend itu kekal, jumlah keseluruhan kelompok tersebut boleh mencapai 43,775 orang pada 2025 kelak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI