fbpx

Kelindan lori langgar belakang treler maut tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori dinaiki mangsa kemalangan maut di Kilometer 8, Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah, hari ini. Foto IHSAN JBPM

TELUK INTAN – Seorang kelindan lori maut selepas lori yang dinaiki melanggar bahagian bucu belakang sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah, di sini hari ini.

Nahas sekitar pukul 2.30 pagi itu mengorbankan Abdul Nasir Imran, 60, manakala pemandu lori berusia 25 tahun cedera ringan di kepala.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila treler dipandu lelaki berusia 33 tahun itu berhenti di tengah jalan kerana mengalami kerosakan teknikal sebelum lori syarikat penghantaran yang dinaiki mangsa melanggar bucu belakang treler tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, kerja-kerja penyelamatan segera dijalankan bagi mengeluarkan seorang mangsa tersepit.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi membawa keluar mangsa.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 4.05 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI