fbpx

Kakak Asif nafi ‘makan’ duit adik sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Atina (kiri) dan Asif.

PETALING JAYA – Kakak kepada YouTuber terkenal, Muhammad Asyiff Suhaimi, Siti Nur Atina menafikan dirinya menggunakan wang adiknya RM3,000 untuk kepentingan diri sendiri.

Menurut Nur Atina, bayaran RM7,000 yang diterima Muhammad Asyiff atau lebih dikenali sebagai Asif daripada Syahmi Sazli Production, RM4,000 telah diserahkan kepada bapa mereka, manakala yang selebihnya digunakan bagi menampung perbelanjaan keperluan adiknya itu.

“Baki RM3,000 simpan mana? Buat apa? Beli barang keperluan Asif, kadang-kadang aku kirimkan dekat sepupu rapat dengan Asif untuk beli makanan harian Asif.

“Setakat baki duit RM3,000 aku nak buat apa? Logik ke aku nak guna? Asif sekali pergi beli baju bukan sikit, pakai duit mana? Duit baki itu juga. Eh, maaf, aku siap tambah duit aku buat belanja Asif, kau rasa sejak bulan Februari bayaran masuk sampailah bulan Jun ini ada lagi ke baki itu?,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Nur Atina berkata demikian bagi menjawab tuduhan segelintir pihak yang mengatakan baki wang bayaran RM3,000 yang diterima YouTuber tersebut telah digunakannya untuk tujuan peribadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI