fbpx

JAS Kelantan sasar lupus satu tan sisa elektronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Aminordin (tengah) memulakan aktiviti penanaman pokok rhu sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, hari ini. Foto TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan menyasarkan untuk melupus sebanyak satu tan pungutan sisa barangan elektronik sepanjang tahun ini dalam usaha untuk mengelakkan penyebaran kesan toksik kepada orang ramai.

Pengarahnya, Wan Aminordin Wan Kamarudin berkata, kesemua sisa barangan itu dilupuskan di tiga premis pelupusan khas yang dikendalikan beberapa syarikat terlibat di Pengkalan Chepa dan dua buah lagi di Kota Bharu.

Menurutnya, ramai pengguna ketika ini dilihat tidak menyedari kesan toksik terhadap mereka apabila bertindak membuang sisa barangan elektronik di merata tempat termasuk di tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sehubungan itu, JAS sedang menjalankan usaha memberi kesedaran kepada masyarakat dalam pengurusan sisa barangan elektrik dan elektronik dengan kaedah yang betul bagi mengelakkan penyebaran kesan toksik yang berbahaya kepada kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Pembersihan Pantai dan 1 Rakan Alam Sekitar (RAS) 1Pokok sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, di Pantai Tok Bali, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI