fbpx

Ibu sedih anak dibuli rakan sebab miskin, adik cacat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kanak-kanak terbabit menangis setelah pulang dari sekolah.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak menangis setelah pulang dari sekolah kerana mendakwa dia telah dibuli secara mental oleh rakan-rakan di sekolah kerana miskin dan mempunyai adik cacat.

Menerusi klip video yang dipercayai dimuat naik ibu kanak-kanak perempuan terbabit, Yusrinayusoff98, memaparkan, kanak-kanak tersebut menangis teresak-esak sambil menceritakan kejadian yang berlaku di sekolahnya itu.

“Hari ini kakak Haris balik menangis sebab kawan-kawan di sekolah hina adik dia cacat, kaki terkulai, orang susah dan bodoh.

“Ya Allah, kecil-kecil dah tak ada adab. Kasihanlah,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, menurut perkongsian terbaru Yusrinayusoff98, perkara ini telah diadukan kepada pihak sekolah dan sedang menunggu tindakan selanjutnya.

“Tadi pagi ibu kakak Chenta sudah pergi berjumpa dengan pihak sekolah. Pihak sekolah akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman serupa dengan kanak-kanak terbabit.

“Saya pernah kena buli dengan seorang lelaki zaman sekolah rendah dulu. Dia selalu kata saya hitam. Memang sedih nak marah saja setiap hari pergi sekolah,” kata Shaliya.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen supaya ibu bapa menasihati anak-anak supaya lebih beradab.

“Tolonglah mak ayah di luar sana kalau nampak kekurangan anak, bagi nasihat untuk mereka supaya hormat dan jangan hina kanak-kanak istimewa. Semoga kakak kuat,” ujar Elladuan.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 3,204 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI