fbpx

Hujan lebat di Selangor, Kelantan hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan beberapa negeri iaitu, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Sabah.

“Perak di Batang Padang dan Muallim, Kelantan di Gua Musang, Terengganu antaranya di Setiu dan Dungun, Pahang antaranya di Jerantut, Bentong dan Kuantan.

“Selangor di Hulu Selangor, Johor antaranya di Kluang, Pontian dan Kota Tinggi, manakala Sabah di Pantai Barat, Sandakan dan Kudat” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI