fbpx

Hampir 90,000 calon SPM gagal subjek Matematik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hampir 90,000 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu gagal dalam mata pelajaran Matematik manakala lebih 52,000 lagi tidak lulus dalam subjek bahasa Inggeris.

Berdasarkan laporan analisis keputusan SPM 2022 oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Untuk Malaysia, daripada jumlah keseluruhan seramai 373,974 yang menduduki SPM tahun lalu, 89,752 calon (24.3 peratus) gagal dalam Matematik sementara 52,674 calon (14.3 peratu) gagal dalam bahasa Inggeris.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan minat masyarakat terhadap isu-isu pendidikan.

“Peningkatan minat masyarakat mengenai isu pendidikan ini adalah petunjuk positif untuk pembangunan negara. Dalam masa sama masyarakat juga menuntut informasi yang lebih telus daripada Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Katanya di dalam dokumen Laporan Analisis Peperiksaan SPM 2022 yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada 8 Jun lalu, dinyatakan sehingga 10,097 atau 2.7 peratus calon telah mendapat semua A.

“Dalam masa yang sama sehingga 63,569 calon tidak berjaya mendapatkan sijil atau 15.7 peratus daripada 403,637 calon yang mendaftar.

“Tetapi, pecahan 63,569 calon yang gagal mendapatkan sijil ini tidak didedahkan kepada umum oleh LPM seperti demografi, status ekonomi keluarga atau pecahan bangsa calon,” ujarnya.

Jelasnya lagi, sehingga 9,642 calon turut gagal dalam subjek bahasa Melayu manakala 23,358 calon gagal dalam subjek Sejarah.

“Selain itu, seramai 27,621 calon SPM 2022 gagal dalam subjek Sains,” tambahnya.

Sementara itu, analisis SPM 2022 tersebut juga menunjukkan terdapat seramai 29,663 calon tidak hadir menduduki peperiksaan berkenaan.

“Seramai 33,906 calon (8.4 peratus) tidak berjaya mendapatkan sijil kerana tidak lulus sama ada dalam subjek bahasa Melayu atapun Sejarah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI