fbpx

Gandingan Razarudin, Ayob Khan mampu terus kecemerlangan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar di Pulapol, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan gabungan Ketua Polis Negara baharu dan timbalannya sebuah gandingan mantap yang mampu meneruskan kecemerlangan pasukan itu.

Beliau berkata, Tan Sri Razarudin Husain serta kepimpinan Datuk Seri Ayob Khan dilihat dapat meneruskan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjaga ketenteraman dan keamanan negara.

Jelasnya, pengalaman yang ada pada kedua-dua individu itu amat ditagih dalam menerajui institusi penguatkuasaan terulung di negara ini.

“Saya mempunyai harapan sangat jelas dan keyakinan sangat utuh agar PDRM di bawah kepimpinan Razarudin dapat meneruskan kelangsungan dan kecemerlangan yang ditinggalkan Tan Acryl Sani Abdullah Sani.

“Dengan gabungan baru Ayob Khan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara saya percaya ini gandingan sangat mantap dan baik dengan pengalaman Razarudin.

“Kualiti kepimpinan ditunjukkan Ayob Khan selama ini akan membolehkan pihak polis khususnya meneruskan reputasi sebagai penguat kuasa terbesar dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbas selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan Razarudin kini secara rasminya dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang akan tamat perkhidmatannya, hari ini.

Pada majlis sama, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI