fbpx

Euro 2024: Aksi paling manis buat Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meledak gol kemenangan Portugal ketika menewaskan Iceland 1-0 selain menjadi pemain pertama melengkapkan kap ke-200 di peringkat antarabangsa. – AFP

REYKJAVIK – Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo terus melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memiliki 200 kaps di pentas antarabangsa ketika bertemu Iceland pada aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi semalam.

Lebih manis, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Laugardalsvollur itu, Ronaldo turut menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan Portugal di penghujung permai­nan.

Bukan setakat menjadi pemain yang memiliki kap antarabangsa paling banyak, malah jaringan tunggal pemain berusia 38 tahun itu turut menyaksikan Ronaldo meledak gol rekod dunia yang ke-123.

Pemain Al-Nassr itu menyua­rakan rasa gembira selepas dia berjaya menjaringkan gol pada penampilan ke-200 selain meng­anggap ia sebagai antara detik paling manis dalam karier bola sepaknya.

“Bagi saya, ia satu pencapaian yang sukar dipercayai, saya fikir ia sangat menakjubkan. Sudah tentu dengan gol kemenangan, ia menjadikan penampilan kali ini lebih istimewa.

“Mungkin kami bermain kurang baik hari ini (semalam), tetapi begitulah bola sepak. Kami berjaya jaringkan gol kemena­ngan dan saya fikir Portugal memang layak untuk menang,” kata Ronaldo.

Untuk rekod, bekas pemain Real Madrid itu melakukan penampilan pertama bersama Portugal pada 2023 dan dia menjadi pemain tetap skuad Selecao selama 20 tahun berturut-turut dan khidmatnya masih digunakan sehingga kini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI