fbpx

DUN Terengganu dijangka bubar lepas 26 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariffin (dua dari kiri) menyampaikan Borang 5A RTB DUN Alur Limbat kepada salah seorang penduduk di Dewan Sivik Bukit Payung, Marang, hari ini.

MARANG – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), minggu depan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman menjangkakan pembubaran DUN negeri sesuai dilakukan selepas selesai majlis Jamuan bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin sempena Hari Keputeraan Sultan Mizan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, Isnin depan.

“Saya jangka Menteri Besar (Ahmad Samsuri) akan umum tarikh pembubaran DUN negeri selepas 26 Jun ini.

“Mungkin antara 27 dan 28 Jun depan memandangkan ia tempoh paling sesuai namun semuanya bergantung kepada perkenan Tuanku (Sultan Mizan),” katanya di Dewan Sivik Bukit Payung, di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok Kediaman (RTB) DUN Alur Limbat kepada 126 penduduk berkelayakan.

Terengganu merupakan satu-satunya daripada enam negeri yang akan melaksanakan PRN pada masa terdekat masih belum memgumumkan tarikh pembubaran.

DUN Terengganu yang mempunyai 32 kerusi akan terbubar dengan sendirinya pada 30 Jun ini.

Dalam pada itu, Ariffin memberitahu agihan kerusi Perikatan Nasional (PN) melibatkan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Terengganu telah selesai sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI