fbpx

Bomba terus cari remaja kecelaruan minda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal ditunggang remaja tersebut ditemui pihak berkuasa di sebuah kebun getah di Gerik, semalam. - Foto IHSAN BOMBA

GERIK – Bomba meneruskan pencarian terhadap seorang remaja berusia 17 yang dilaporkan hilang sejak semalam, dipercayai akibat mengalami kecelaruan minda.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan pihak polis mengenai kehilangan mangsa pada pukul 1.33 pagi tadi.

Katanya, kali terakhir mangsa dilihat adalah di sekitar Jalan Air Bertam, Kg. Ulu Kenderong, di sini, pada pukul 9 pagi semalam.

“Pada pukul 6 petang, keluarganya telah mencari mangsa dan menjumpai motosikal yang dibawanya bernombor pendaftaran AKV7643 berada di tengah jalan dalam kebun getah.

“Pihak bomba telah berada di lokasi kejadian dan Post Kawalan Bencana (PKB) telah dibuka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pencarian terhadap mangsa dihentikan pagi tadi, namun akan diteruskan semula pada pukul 10 pagi dengan bantuan unit K9 yang telah tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI