fbpx

Aliff Syukri tunai haji selepas 15 tahun, bawa anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Aliff Syukri di akaun Instagram miliknya

PETALING JAYA – Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, memaklumkan akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan haji bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, beliau berkata, ini merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke tanah suci itu selepas 15 tahun.

“Akhirnya Allah memanggil ke tanah suci, semoga aku berubah menjadi hambamu yang lebih baik,” katanya hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut usahawan sensasi itu mendoakan agar urusannya dipermudah ketika menjalani ibadah haji nanti.

“Alhamdulillah, selamat menjalankan ibadah haji. Semoga menjadi haji yang mabrur,” komen Cikepal.

“Selamat pergi dan balik datuk. Semoga dapat haji yang mambrur,” komen Anna.

Perkongsian itu menjadi tular di Instagram sehingga meraih tanda suka sebanyak 32,833 dan melebihi 600 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI