fbpx

Akaun Bersatu beku, Pas dan Gerakan masih ada – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin pada sidang akhbar PN di Ibu Pejabat PN di Publika, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

PETALING JAYA – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sentiasa memberi kerjasama yang baik termasuklah membantu partinya dari segi kos perbelanjaan dalam melancarkan proses mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Pada masa sama, Muhyiddin turut mengakui pembekuan akaun parti itu memberi impak kepada pelaksanaan kempen sempena PRN.

Katanya, menjelang PRN akan datang ini, pastinya kesemua parti perlu mengeluarkan dana sendiri untuk memastikan kelancaram sepanjang kempen berlangsung.

“Secara hakikatnya, akaun Bersatu masih lagi disekat untuk tindakan siasatan, tapi berita baiknya kesemua pemimpin parti memahami situasi ini (pembekuan akuan) dan mereka rela untuk bekerja keras dan mengambil segala tanggungjawab termasuk soal kos yang dikeluakan.

“Pas, Bersatu dan Gerakan merupakan parti gabungan di bawah Perikatan Nasional (PN) dan sentiasa beri kerjasama yang baik, apa-apa dana yang ada, kita akan kongsi untuk memastikan kita menang dalam PRN akan datang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI