fbpx

Ahli psikik palsu tipu wang lebih RM800 juta berdepan penjara 280 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Runner menjalankan kegiatan penipuan menerusi surat selama dua dekad dengan menipu 56 juta warga emas AS. – freepatricerunner.com

WASHINGTON – Seorang ahli psikik palsu yang menguruskan skim penipuan dengan menyasarkan 56 juta warga emas Amerika Syarikat (AS) dan menipu wang mereka berjumlah AS$175 juta (RM813.8 juta) berdepan hukuman penjara sehingga 280 tahun, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Patrice Runner, 57, menjalankan kegiatan ‘scam’ menerusi surat selama dua dekad. Surat-surat tersebut mendakwa dihantar oleh dua ahli psikik Perancis terkemuka yang boleh membantu mangsa menjalani kehidupan lebih baik selepas membuat pembayaran.

Dia membeli tarikh dan tempat lahir mangsa-mangsanya daripada broker data bagi meyakinkan mereka terhadap kebolehan psikik sebelum meminta mereka membuat pembayaran untuk khidmatnya.

Runner diekstradisi ke AS dari Sepanyol pada Disember 2020. Pada 16 Jun lalu, panel juri mendapati dia bersalah kerana melakukan konspirasi, penipuan dan pengubahan wang haram.

Skim penipuan tersebut yang berlangsung dari 1994 hingga November 2014, mengumpan warga emas dan mereka yang berada dalam keadaan terdesak.

Surat-surat yang dihantar mendakwa ia mampu membantu mangsa mencapai kekayaan, kebahagiaan dan melawan penyakit dan memerlukan penerima  membuat sedikit pembayaran.

Mangsa-mangsa diarahkan membuat pembayaran sekitar AS$5 hingga AS$50 (RM23.25 hingga RM232) untuk membeli pelbagai objek unik berkaitan alam ghaib yang sebenarnya amat murah. 

Runner yang merupakan warganegara Kanada dan Perancis akan kekal di dalam penjara sebelum dijatuhi hukuman pada satu tarikh yang akan diumumkan nanti. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI