fbpx

Agong, Permasuri selamat tiba di Madinah, malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda selamat tiba di Madinah, malam tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Kota Suci Madinah, Arab Saudi, semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, pesawat khas membawa Seri Paduka Baginda berdua dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Kota Suci Madinah, pada pukul 4.00 petang waktu tempatan (9.00 malam waktu Malaysia).

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua, yang diiringi oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda Baginda berdua, disambut oleh Gabenor Madinah Yang Amat Mulia Putera Faisal bin Salman Al Saud.

“Seri Paduka Baginda berdua dijadual berada di Kota Suci Madinah dan Mekah sehingga 1 Julai ini bagi menunaikan ibadah Haji,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua telah diadakan di Istana Negara, semalam.

Majlis tersebut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI