fbpx

Acryl Sani serah tugas kepada Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani (kiri) Saifuddin Nasution (tengah) Razaruddin Husain (kanan) ketika majlis serah terima tugas di di Dewan Tan Sri Abdullah Hashim, Pulapol Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain secara rasminya dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa, hari ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang menamatkan perkhidmatannya, hari ini.

Majlis pemakaian pangkat serta watikah pelantikan itu disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas di antara Acryl Sani dan Razarudin serta penyerahan tongkat kuasa disaksikan oleh Saifuddin.

Turut diadakan, upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di antara Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Seri Zaiton Mohd. Isa dengan Puan Seri Zainah Othman.

Dalam pada itu, turut berlangsung penyerahan watikah pelantikan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Selain itu, berlangsung penyerahan dokumen Serah Terima Tugas Naib Pengerusi Perkep antara Zainah kepada Datin Seri Zalena Mohd. Ariffin.

Semalam, media melaporkan Saifuddin mengumumkan pelantikan secara kontrak selepas persaraannya, selama dua tahun sehingga 22 Jun 2025, Razarudin sebagai Ketua Polis Negara ke-14.

Pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI