fbpx

Achey masuk hospital, ada benjolan belakang badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACHEY (kiri) dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah sakit pada belakang badan.

PETALING JAYA – Pelawak Achey terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor sejak kelmarin selepas mengalami masalah sakit pada bahagian belakang badan.

Kesakitan yang dialami pelawak Achey atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah, 36, itu adalah disebabkan terdapat ketumbuhan (benjolan) pada belakang badannya yang masih belum dapat dipastikan.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh rakan kumpulannya, Fad Bocey apabila memaklumkan Achey tidak dapat hadir ke sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara yang diadakan semalam.

“Achey sekarang berada di hospital di Batu Pahat, Johor kerana mengalami masalah sakit pada belakang badannya. Doktor pun sudah lakukan ujian pengimejan resonan magnetic (MRI) dan sedang menunggu keputusan.

“Apa yang pasti, terdapat benjolan pada bahagian belakang badannya sehingga menyebabkan rasa sakit,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Ujar Fad lagi, dia sendiri menyarankan kepada Achey untuk membuat pemeriksaan di hospital kerana sebelum ini, dia juga mempunyai pengalaman sama apabila pernah mengalami masalah ‘slip disc’.

“Kebetulan Achey berada di kampungnya di Batu Pahat. Jadi saya suruh dia ke hospital untuk buat pemeriksaan.

“Sebelum ini saya pun ada masalah sakit tulang belakang (slip disc). Jadi biar doktor lakukan dahulu pemeriksaan untuk mengetahui punca benjolan itu sama ada perlu dibedah atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Fad yang ditemui di sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara berkongsi rasa teruja apabila bakal terlibat dalam sebuah konsert berbentuk muzikal bersama kumpulannya, Bocey walaupun tanpa kelibat Allahyarham Abam.

“Saya teruja dan tidak sabar. Ini penglibatan pertama Bocey selepas sekian lama tidak beraksi di atas pentas besar. Walaupun tanpa kehadiran Allahyarham Abam, saya dan Acey tetap akan melakukan yang terbaik,” katanya.

Selain Fad dan Achey, konsert yang akan berlangsung pada 19 Ogos itu akan turut disertaioleh Sharif, Melati dan Atu (Zero) dan tiga pelawak Indonesia iaitu Sule, Azis Gagap dan Rina Nose. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI