fbpx

3,000 rakyat meriahkan Jamuan Teh bersama Sultan Mizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (tiga, kanan) berkenan beramah-mesra dengan rakyat pada majlis Jamuan Teh bersama Rakyat sempena Hari Keputeraan baginda ke-61 di Kuala Berang hari ini.

HULU TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli bersama kira-kira 3,000 rakyat jelata daerah ini pada majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat hari ini.

Majlis sempena Hari Keputeraan baginda ke-61 berlangsung di tapak Pasar Pagi Kuala Berang di sini pada pukul 3 petang.

Baginda tiba dengan diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan keempat-empat anakanda baginda termasuk Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman.

Jamuan minum petang tersebut dihadiri kira-kira 3,000 tetamu terdiri ketua dan wakil jabatan kerajaan serta penduduk tempatan daripada pelbagai latar belakang dan usia.

Esok, baginda berkenan berangkat untuk mencemar duli merasmikan Masjid Kampung Pelandan di sini dan Jambatan Ikonik di Pulau Poh, Tasik Kenyir di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI