fbpx

Yuni Shara berang dituduh penyondol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNI SHARA

BERANG dengan berita palsu melibatkan dirinya, penyanyi Yuni Shara bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.

Kakak kepada Kris Dayanti itu mengakui sememangnya ramai yang tidak suka dengan dirinya, namun tidak wajar dia difitnah.

“Seramai orang yang menyukai kita, seramai itu juga tidak menyukai kita. Walaupun tidak suka, ya boleh sahaja asalkan tidak adakan cerita yang salah sehingga menimbulkan fitnah,” ujarnya.

Kebelakangan ini, Yuni berasa terganggu apabila banyak berita palsu yang mengaitkan dirinya disebarkan di YouTube.

Salah satu berita mendakwa dia menjalin hubungan istimewa dengan suami Maia Estianty iaitu Irwan Mussry.

Rentetan itu, Yuni memberi peringatan agar pemilik akaun YouTube yang menyebarkan berita palsu tersebut tidak meneruskan perkara berkenaan jika enggan dibawa ke muka pengadilan.

“Kepada pembuat berita tersebut anda tahu bagaimana untuk menghentikan berita tersebut sebelum peguam saya menghubungi anda,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI