SEPANJANG bersama kumpulan Red Velvet, buat julung kalinya penyanyi Wendy mencabar diri terbabit dalam muzikal pertamanya berjudul Rebecca.
Menurut laporan media Korea Selatan, pemilik nama sebenar Shon Seung-wan itu sebenarnya dipilih untuk menyambut ulang tahun ke-10 penerbitan muzikal berkenaan.
Wendy yang bakal mengadakan persembahan pembukaan pada Ogos kelak memegang watak sebagai I iaitu seorang wanita lembut berubah menjadi kuat dan tegas.
Kemunculan bekas penyampai radio, pengacara itu ternyata menjadi satu detik yang dinantikan peminat.