fbpx

Tujuh anggota bomba Perak positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAYANI (dua dari kiri) memakaikan tanda pangkat kepada anggota yang dinaikkan pangkat pada Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Perak di Meru Raya, Ipoh, Perak hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

IPOH – Seramai tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dikesan terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah pada tahun lalu.

Pengarahnya, Sayani Saidon berkata, kesemua mereka dikesan selepas gagal dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan secara rambang.

Katanya, daripada jumlah itu, tiga kes dalam tindakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) manakala empat kes lagi telah dituduh di mahkamah.

“Bagi pihak bomba, kita sama sekali tidak akan bertoleransi dengan isu-isu disiplin pegawai dan anggota termasuk berkaitan ketidakhadiran bekerja dan penglibatan mereka dalam gejala dadah mahupun ketum. Mereka yang didapati terlibat dengan kes itu akan dirujuk dengan AADK untuk dibantu pemulihan pada peringkat awal.

“Bagaimanapun, sekiranya didapati aktiviti itu masih berterusan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin yang lebih serius termasuk dibuang kerja,” katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga akan melaporkan penglibatan anggota dalam najis dadah ke peringkat pusat agar isu tersebut menjadi agenda penting untuk dibendung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI