fbpx

Sukan Asia bukan tempat percutian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA hanya akan menghantar atlet-atlet yang berpotensi meraih pingat bertanding di Sukan Asia Hangzhou, China pada September depan. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Barisan atlet negara tidak seharusnya menganggap temasya Sukan Asia di Hangzhou, China dari 23 September hingga 8 Ogos depan sebagai medan pendedahan, sebaliknya menjadi pentas memburu pingat buat Malaysia.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini menjelaskan, hanya atlet berpotensi menyumbang pingat dibenarkan beraksi disebabkan tahap kompetitif tinggi pada Sukan Asia.

Disebabkan itu, pihaknya menetapkan syarat ketat tersebut bagi memastikan kontinjen negara mampu meraih pencapaian lebih cemerlang berbanding edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyokong penuh syarat ketat yang diletakkan jawatankuasa pemilihan atlet agar kontinjen negara dapat pulang dengan kejayaan.

“Kita beri sokongan penuh khususnya syarat yang lebih ketat. Apa yang penting Sukan Asia bukan pendedahan tetapi medan pertempuran untuk atlet menunjukkan prestasi yang tinggi.

“Siapa yang layak dalam kategori A, mereka sepatutnya membuktikan segala kemudahan yang kita berikan kepada mereka selama ini, selayaknya diterima… jangan ambil mudah,” katanya.

Pada edisi 2018, kontinjen negara berjaya memungut tujuh pingat emas, 13 perak dan 16 gangsa berbanding lima emas, 14 perak dan 14 gangsa sewaktu edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Emas-emas negara ketika itu diraih menerusi tenpin boling masters lelaki, Muhammad Rafiq Ismail; Datuk Nicol David (perseorangan wanita skuasy); Datuk Azizulhasni Awang (berbasikal pecut) dan Muhammad Fauzi Kaman Shah (laser 4.7 pelayaran).

Baki tiga lagi emas negara hadir menerusi berpasukan lelaki skuasy, Mohd. Nafiizwan Adnan, Ng Eain Yow, Ivan Yuen dan Mohd. Syafiq Kamal; Ester Cheah, Siti Safiyah Amirah dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (tenpin boling trio wanita) serta Farhan Adam, Muhammad Norhaffizi Abd Razak, Mohamad Azlan Alias, Muhammad Zulkifli Abdul Razak dan Muhammad Syahir Mohd. Rosdi (regu lelaki sepak takraw).

Nama-nama seperti Azizulhasni dan Rafiq dijangka berpeluang mempertahankan pingat emas pada edisi di Hangzhou kali ini selain skuad hoki lelaki negara dalam misi bergelar juara Asia untuk layak automatik ke Olimpik Paris 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI