fbpx

Simposium Perdana Haji bakal dibawa ke KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (dua dari kanan) melihat salah seorang peserta menunjukkan bakat melukis tulisan khat ketika menghadiri Simposium Haji Perdana di Jeddah semalam.

JEDDAH – Malaysia berhasrat untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran Simposium Perdana Haji demi manfaat kepada rakyat dan negara Asean selain memperkukuhkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perbincangan mengenai perkata itu akan dilakukan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah.

Sekiranya berhasil, banyak negara Asean termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan sebagainya akan mendapat manfaat kerana ia lebih dekat untuk dihadiri berbanding terpaksa pergi ke Arab Saudi.

“Selain itu, pemain industri juga berpeluang hadir serta mengetahui mengenai selok belok penambahbaikan perkhidmatan haji dan umrah selain belajar bagaimana hendak mengurangkan kos yang semakin meningkat.

“Lagi awal perbincangan ini dilakukan, lagi bagus kerana kerajaan dan Tabung Haji (TH) telah bersedia sekiranya hasrat itu dipersetujui. Tambahan pula, ia sebagai satu penghormatan kepada Malaysia untuk membantu negara lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu, Mohd. Na’im hadir ke simposium kali keempat itu bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dan Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman di atas jemputan kerajaan Arab Saudi.

Simposium itu turut membincangkan mengenai sistem Mecca Route yang menjadikan Malaysia sebagai negara pertama menggunakannya bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada jemaah haji dari lapangan terbang hingga ke Tanah Suci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI