fbpx

[VIDEO] Reaksi ibu anak dapat nombor 27 dipuji ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu melompat ketika mendapat tahu nombor kedudukan anaknya dalam kelas. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang ibu yang gembira apabila anak lelakinya mendapat tempat ke-27 dalam kelas pelajar tersebut, lapor laman berita Liputan 6 semalam. 

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @barasa523.

Wanita itu pada awalnya disambut oleh anak lelakinya ketika pulang bekerja. Dia yang masih berpakaian kerja terus meminta kad laporan peperiksaan anaknya.

Budak lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia mendapat tempat ke-27 dalam kelas sambil menunjukkan kad laporan yang diserahkan oleh guru.

Wanita itu kelihatan berbangga dengan anaknya yang mendapat gred B dan C dalam kebanyakan subjek. Dia terus memeluk dan mencium anaknya.

Dia kemudian memberikan hadiah kepada anaknya berupa pelbagai makanan ringan.

Video itu mendapat perhatian dalam kalangan netizen.

“Tahniah dik, setiap ibu bapa harus begini, bukan meminta anak-anak untuk mengejar ranking,” tulis seorang netizen.

“Dari planet mana ni, dia tidak membandingkan dengan anak jiran,” komen netizen lain. – Agensi

@sahabatalstro2 Ibu yang bijaksana, menghargai usaha anaknya, semoga nilainya lebih baik lagi ya dik. #ibu #SahabatAlstro #beritatiktok . @barasa523 ♬ suara asli – Sahabat Alstro

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI