fbpx

Pusat hiburan, rumah diserbu, dadah RM47.2 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din (tiga dari kanan) menunjukkan dadah berjumlah RM47.2 juta yang dirampas.

PETALING JAYA – Tindakan satu sindiket menjadikan pusat hiburan dan premis kediaman sebagai stor penyimpanan dadah tidak berpanjangan setelah pihak polis melakukan lima serbuan di Miri, Sarawak, Ahad lalu.

Dengan membawa masuk bekalan dadah dari Brazil dan Taiwan, sindiket ini mula aktif sejak Februari lalu dengan menyasarkan pasaran tempatan di sekitar Sarawak.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam satu hantaran Facebook rasminya berkata, hasil serbuan di pusat hiburan mendapati 57 orang positif dadah.

“Tiga lelaki berusia 28 hingga 37 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah ditangkap dalam empat lagi serbuan berikutnya.

“Saringan awal polis mendapati ketiga-tiga suspek ini postif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Dalam operasi ini polis berjaya merampas dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 81.8 kilogram (kg), ketamin seberat 686.7 kg dan erimin 5 seberat 1.15 gram yang dianggarkan bernilai RM47.2 juta,” katanya.

Menurut JSJN, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 di mana aset bernilai RM84,757 disita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan.

“Dengan operasi ini, JSJN berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah untuk pasaran tempatan. JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki-baki ahli sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI