fbpx

PRN: Amanah siap siaga lapan kerusi di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amanah

KUALA SELANGOR – Parti Amanah Negara (Amanah) bersiap siaga mempertahankan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang disandang parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengarah Strateginya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah sebenar kerusi bakal ditandingi parti itu akan diumumkan kepimpinan tertinggi dalam tempoh terdekat.

“Kita kalau bersaing sememangnya mahu menang dan bukannya untuk kalah. Namun, semua sudah boleh jangka dan kerusi penyandang kita (Amanah) juga ada lapan.

“Itu satu teka teki menarik dan biar kepimpinan atasan membuat keputusan. Kita memang ada perbincangan dan bersedia menghadapi PRN kali ini,” katanya ketika ditemui pada program serahan bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada seorang mangsa kemalangan di Kampung Parit Mahang di sini, hari ini.

Dzulkefly yang juga bekas Menteri Kesihatan bagaimanapun mengakui kemungkinan bakal menghadapi saingan sengit dengan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI